TANAH MILIK

Salam bahagia.pembalakan yang kita sering dengar memerlukan modal yang banyak.bayangkan bagaimana kita hendak memiliki satu konsisi pembalakan kerana sejumlah modal yang perlu kita laburkan.Kos mencari kawasan,kos persempadanan,kos penilaian,serta kos perlesenan.sesuatu kawasan pembalakan yang di luluskan bukan bermakna operasi menebang boleh terus dilakukan.Kosensi ini perlu menjalani proses perlesenan.Itu lah yang saya nyatakan diatas.Persempadanan,penilaian,penandaan,penyenaraian pokok dan barulah proses permohonan lesen.Ia mengambil masa dari satu peringkat keperingkat .kadang kala melebihi satu tahun.
Tanah milik adalah amat mudah sedikit untuk pengusaha memohon perlesenan.Namun buat masa ini adalah amat terhad untuk kita memiliki kosensi yang bersekala kecil begini.Tetapi jika kita mempunyai hubungan yang baik dengan pemberi maklumat di serata negeri.Maka dengan mudah kita akan mendapat sumber sumber tersebut.Kos untuk memiliki status kosensi balak bersekala kecil ini tidak lah sebegitu tinggi harganya.Tetapi memberi pulangan yang lumayan.Kita sebolehnya pastikan isi padu kayu tan per ekar minimum 15 tan sudah cukup memberi pulangan.Semasa kita hendak membuat penilaian,Pastikan kita membawa orang yang arif tentang pembalakan yang kenal penjenisan kayu.Orang ini di panggil KEPALA HUTAN/MATA KAYU.
Saya contohkan jika 20 ekar kawasan tersebut memiliki 300 tan kayu balak.perolihan kasar RM 200.000.Kos membeli kawasan dan perlesenan RM 60.000 seta kos menebang RM 80.000.Dari tempoh anda membeli sehingga memperolihi lesen menebang 3 bulan.Setelah selesai menebang keuntungan yang anda dapat RMRM 60.000.ini adalah anggaran.Namun keuntungan tetap ada.
Perniagaan balak adalah perusahan bukan milik orang melayu.Kita hanya pandai mengira kekayaan orang lain.orang kita memohon dan menjual tampa mengusahakan.jika mengusahakan keuntungan adalah berlipat kali ganda.Jadi tidak hairan orang yang mendapat kawasan dan menjual tampa mengusahakan masih miskin.Persoalan kenapa orang melayu tudak mahu menceburkan diri secara besaran dalam bidang ini.bukan nya orang melayu tidak punya modal.Ada antara mereka banyak yang melabur dan mencari keuntungan dengan cara selamat tetapi keuntungan yang tak seberapa.Sebelum mereka menceburkan diri di bidang perusahan ini maka mereka perlu mengehtahui selok belok perusahan balak dan asam garamnya
Leave a Comment